Kesamarataan
akses kepada pendidikan telah ditekankan oleh kerajaan sejak dasar Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) lagi dan diteruskan dalam dasar PPPM.
Isu ini masih belum diselesaikan sepenuhnya, namun terdapat peningkatan
daripada statistik enrolmen murid yang memasuki sekolah rendah dan menengah.
Enrolmen sehingga 2014 sangat memberangsangkan dan hampir mencapai 100%. Kini
fokus adalah kesamarataan untuk akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa pula. Dalam mencapai piawaian ini, pentadbiran atau sistem
sekolah, guru dan murid perlu bergerak seiring meningkatkan kualiti dipihak masing-masing.
Pentadbiran menyediakan kemudahan atau infrastruktur yang lengkap dan
persekitaran persekolahan yang memberangsangkan serta kondusif untuk PdP.
Manakala kualiti pengajaran guru perlu dipertingkatkan daripada pelbagai sudut
sama ada penyampaian lisan, , aktiviti dalam kelas, tugasan kepada murid dan
teknik penyoalan yang mencungkil minda dan bakat murid. Murid pula perlu
proaktif dan mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran mereka.
Gandingan ketiga-tiga pihak ini mampu melonjakkan sekolah ke arah kecemerlangan
sehingga mencapai standard antarabangsa.
No comments:
Post a Comment