Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat mendefinisikan akses sebagai capaian.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015 (PPPM) menggariskan akses
sebagai salah satu daripada lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia.
Melalui aspirasi ini, setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi
masing-masing. Menjelang 2020, sasaran kementerian adalah memastikan kadar
akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. Sidek Baba (2013)
menyatakan akses kepada pendidikan berkualiti terhubung langsung dengan
keupayaan sekolah, kualiti guru dan kurikulum dan keupayaan proses mendidik
menyebabkan perubahan tidak saja berlaku di tahap kognitif tetapi ia terlihat
pada binaan sahsiah dan watak.
No comments:
Post a Comment