PERKEMBANGAN AKSES KEPADA SISTEM
PENDIDIKAN
Dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan yang setaraf dengan kualiti
antarabangsa, KPM perlu memastikan masalah keciciran dalam kalangan murid yang berumur persekolahan
diselesaikan. Keciciran dalam kalangan murid bererti tidak mengikuti sistem
persekolahan di bawah KPM. Ketika negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh
daripada populasi tidak mendapat pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak
menerima pendidikan peringkat menengah dan 1% sahaja mendapat pendidikan lepas
menengah.
Pada 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah
telah hampir sejagat, iaitu 94%. Peratus ini meningkat kepada 97.9% pada 2014. Kadar
enrolmen di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) meningkat kepada
87%. Peningkatan terbesar berlaku di
peringkat menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5), dengan kadar enrolmen meningkat
hampir dua kali ganda daripada 45% pada 1980-an kepada 78% pada 2011. Kadar
enrolmen ini lebih tinggi sekiranya enrolmen di sekolah swasta juga diambil kira,
iaitu 96% peringkat rendah, 91% menengah rendah, dan 82% menengah atas. Pada
2014, kadar penyertaan adalah 90% 9Tingkatan 1 hingga 5). Laporan Rancangan
Malaysia kesepuluh (RMK-10) menunjukkan 90.7% enrolmen prasekolah pada tahun 2014,
meningkat daripada 72.4% pada tahun 2010.
Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor. Pertama,
KPM telah menguatkuasakan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah yang
mula dilaksanakan sejak 2003. Jika ada ibu bapa yang didapati tidak menghantar
anak-anak ke sekolah, mereka akan dikenakan hukuman penjara. Namun tiada
sebarang sekatan undang-undang dikenakan terhadap kegagalan berbuat demikian di
sekolah menengah. Faktor kedua adalah pemansuhan yuran di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan
bermula tahun 2012. Ini bermaksud pendidikan di kedua-dua peringkat ini adalah
percuma. Justeru tiada alasan kepada keluarga berpendapatan rendah untuk
menghantar anak mereka ke sekolah.
Selain itu, pihak KPM turut
menjalankan kajian berkaitan keciciran murid dalam sistem pendidikan negara
untuk menyediakan data murid tercicir daripada sistem pendidikan yang dijangka
siap pada akhir tahun hadapan. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Penyiasatan
Murid Cicir (JPMC) juga ditubuhkan di peringkat sekolah, pejabat Pelajaran
Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM untuk membuat siasatan ke atas masalah
keciciran murid.
sumber dari mana ye?
ReplyDelete